Monday, December 28, 2009

Sakura...ukhh..

time aku g keje..atok nenet dia pakaikan tdung aku..
lawa la cik sakura kiteee keh keh keh ;p

Dodol dodol dodol ;p

ElizDodoL : Wajik..be good.If anything happens to me..promise that u'll keep our frenship fresh n yummy like we used to be before...sweet time betw u,me and reza..emm..apa daa aku merepek ni tp aku kan nk pegi miri wiken ni.

Ni sms last week..sblm dodol membelahkan diri ke Miri utk bersuti2 mesia..

Ko nk mapos ke dol..ckp yg bukan2...U must go and come safely n dun forget to bring my sobinier back to semenanjung k! ekekek..

Alhamdulillah..last thursday..dodol dah jejak kaki ke bumi Miri..ngade2 je ckp yg bukan2 sebelum pegi..i x suka taw!

pastu pagi2 jumaat ngaco aku tido,ckp dia jumpa byk jantan miri yg enshem2..hahhaha

Pesanan penaja - Dol...jgn pegi lama2 sgt..gersang Hekal sorg2 kt KL nti keh keh keh ;p

Saturday, December 26, 2009

Nestum..Nestum..lalalala~

Ngeh3x..
Quaker oats x jalan..
Aku rs bangah n kak lang aku tau betapa nyampahnye aku dgn oats ni.
Sekarang..aku mau cuba Nestum pulak.kekekke :P
Senin ni aku akan bawak bekas beso ni ke opis.
Penggoda nombor satu aku kat opis akan memulakan tugas di opis baru isnin nti.
Jadi aku dah xde member nk pegi makan baiii :(
Tggl lah aku kat 2nd floor tu berempat saja.Sangat bosan doh!
Cina sebelah aku hari2 telan oats time lunch..
kembang jek tekak aku tgk dia telan menatang tu.
Xpe lah..less godaan,leh la pasni aku tumpukan pada program diet.

p/s : aku dh tgk layout opis baru..
kedudukan staff dan ruang2 yg ada di IMS 2 kat Bandar Baru Klang
(Opis baru Jardine nanti).
Insyallah mengikit perancangan bos aku..kalo xde aral melintang lebuh raya utara selatan,
30/Jan 2010 - Pj staff akan move dlu.
Then 31/Jan 2010 baru port klang Staff pulak move.
1 feb...Jardine Shipping akan beroperasi secara rasmi di bangunan IMS 2
And.....aku sgt2 happy.

Sisters!




Sy sgt geram!


Nampak bende alah hitam tu?
Aku geram dgn dia skrg ni.
Kejap2 heng..
Pastu hurup L dia susah lak nk tekan..tetibe jek.
Ni masalah baru xleh nk detect any DVD/CD player klo insert dlm laptop ni.Tah kemana menghilang bende tu pn xtau la.
Rasanya aku dh lama x godek or masukkan apapa cd/dvd dlm ni
By nxt year,awal Jan..
aku kena gak anto dia pegi buat rawatan sementara ada waranty ni.huhu~

Gedik Santai :)






BUZZ!

Lama siot aku x update blog..bersawang sudaaa...
Arini dtg mood nk menyapu habuk2 yg menepek dalam blog Cinta Dalam Hati..
Blog DISJ? Jgn di tanya..semakin lama..aku jadi semakin malas tahap gaban..
am i goin to say goodbye to politics? No No No..
Cuma,mood aku merudum utk beberapa ketika..ngeh3x

Remember
Life is short, break the rules,
Forgive quickly,
Love truly,
Laugh uncontrollably,
and
Never regret anything that made you smile.

p/s : Hoping for happiness thru-out the upcoming year.Amin.

Love,
Yuyun :)

Saturday, December 12, 2009

Qayyim yang somel :)


Ini Qayyim Miqael..errr betol ke aku eja nama anak ko ni Huda?
Kalo salah hrp maaf ye...kekekke
Yg sebelah tu ibu dia.
Ibu dia yg dah lama aku x jumpa..manyak sombongg tau itu perempuan.hehe..Tadi baru dia berkesempatan mencemar duli datang ke teratak Pak Usop dan Macik Sarah.Saja datang bawak Qayyim yg putih gebu tu jumpa 'mama' dia yg baik ni keheehekh :P
Syg betul Sakura xde tadi kan Huda..klo ada leh snap gmbo dorg sama2 hehe

Bergedik Di Bukit Cerakah


Pagi2 bute....di hari Jumaat nan indah (maklum ler Selangor kan cuti...org KL,Ipoh dan Johor itew..kene kerja kan? ) hehehe..

Aku dan budak 2 eko ni dah brooommm3 ke Taman Pertanian Bukit Cerakah.Apa ada dengan bukit Cerakah? Aku pun memula cam malas nk g...ingatkan dah berkubur tempat tu..Last aku gi masa kecik2 dlu taw..lama kan..

Rupenya..tempatnya masih subur dan indah.Masih penuh kehijauan.Seronok seyh..Seronoknya bukan apa..bergedik amik gambo sambil2 mengayuh beskal..

Cost dia pun x mahal...jadilah utk orang yg macam kitorang yang sukakan keseronokan tapi nakkan bende yg murah hehehe..

Ni cuma gambo dalam hp aku..gambo dlm kamera Lin Isnin nanti baru dia kasi pendrive.So,tggu la aku upload gambo2 tu nanti ye..jgn muntah tgk aksi kitorang nti...sbb kitorang pn nyampah tgk aksi2 tersebut..gedik giler! hahahahhahha:P

Thursday, December 10, 2009

Good Luck Puvanes!

puvanes & cik yuyun :))
jap2..sblm aku tido..aku nk tambah satu lg posting..
14/Dec ni....Puvanes akn stat kerja kat port klang..Dia akan assist abg shah & abg Zaaid...aku sepatutnya pulang bersama2 dia melaporkan diri ari senin depan tapi rezki aku takde kat operation..nampaknya dah merge kat IMS 2 nanti baru leh jumpa semua..Tu pun kalau panjang rezki aku kat Jardine ni kan..
Ni la kawan yang selalu balik kerja ngn aku..segala keletah,bising2 pot pet2 bercakap dalam kereta dah xkan kedengaran lagi..
Dia cukup suka dengar kalau aku bergayut sambil drive..
cepat je dia pasang tinge pastu senyum sorang2..ahak..
tu sebab dia dapat gelaran Capang kkekekeke...
hanya aku dan dia yg tahu :))
All the best to u Puvanes..Dont be afraid...kalau dorg buli u...
u buli dorg balik keh?
(dia x suke balik port klang..hari2 mngadu kat aku cane dia nk survive)

She's here...today


Posing lebih kurang je...jom tido sayang...
lepas makan dan kenyang,rasa ngntok lak..
bye bye semua..sakura nak tido ngn molong :))

2010!


Kemeriahan 2o1o semakin terasa..kemeriahan? hahahhaa..meriah la sgt..Well i m hoping for happiness untuk tahun baru ini.Mudah mudahan :)

Ekceli bukan kemeriahan..tapi cabaran yang menanti di tahun 2o1o..kuatkah kita nak hadapi segala dugaan dan rintangan nanti? hehe

Korang da dpt kalendar ngn diari? Aku baru je dapat mggu ni..Diari dia tak bley blah tu..dah la beso..ada world map kat page pertama...belakang plak ada map Papua New Guinea in details..ye ler..mentang2 la line Swire ni fokus PNG punya shipment hehehe.
Ai nak pegi makan dulu...buhbyeee

Tuesday, December 8, 2009

Ku Milik Bayangan Mu

Jauh mana dapat kita lari
Sejauh mana dapat mengindar
Dari kerinduan bila berjauhan
Sering datang dimataku
Deburan ombak menganti suaramu
Nyanyian camar lagu untuk ku
Tapi aku sepi hilang bayanganmu
Rinduku umpama ombak yang tidak berhenti
Kasih pantai setia menanti
Ditepian
Apa yang kini aku miliki
Hanya bayanganmu wahai kasihku
Apakah erti sebuah kerinduan ini......

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Hebahan dari email.Moga memberi manfaat buat kita semua..


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.

Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

AKU WANITA BIASA


Monday, December 7, 2009

Gath..Gath...

gambo tambahan..i loikeeee dis photo.
gambo ni di ambil dengan hati dan jiwa yang 'busux' oleh abg shah..
dah penat2 kitorang senyum bagai nak rak..dia bley last2 minit sakap..
1,2,3...cakkk.ponggg.
dia snap kaki..
ni kes dengki kat kitorang sbb dia dpt pen drive 4 gig je kehkehkeh:P




Nyampah ai taw...muka sekor2 macam baru lepas rendam minyak masak..

Ni gambo last friday..bersamaan 4/Dec 2009....kat PJ telah berlangsungnya acara makan2 end year untuk sports club..so,dapat la jumpa 7-8 ketul makhluk2 dari Port Klang..terlepas la rindu dendam hamba pada mereka hehhe..


Maka terjadilah aksi2 gedik terlampau seperti yang di tayangkan di atas.Ni baru sikit..ada lagi yg lain2..tapi kebanyakan nya huduh2 belaka gambar2 nya.Yang ni aku pick yg molek sket untuk tontonan awam..yang 18PL (Hodoh + sewel + terlampau biaulah kami simpan) kehkehkeh:P



p/s : ekceli kan..aku dh lama kuar dr sepot kelab ni..ada lah dalam 6 bulan gitew..sebab aku rasa xde pekdah dorg deduct dari gaji aku RM7 tetiap bulan.dah tu xde activity macam dulu2..

tapi...time dorg buat gathering ni,aku sibuk gak nk nyelit hhehhe..Dan paling best,aku menang lucky draw gak taw..RM100..nyampah tak mdengornye? Abg Shah siap bebulu ngn aku..sebab dia dpt adiah berupa pen drive 4 gig je...kekkekek:P



Aku kan,siap jumpa presiden club..di sebabkan si ensem Ray ni dalam team aku..so dengan sesuke hati aku ckp kat dia...aku nak jugakkkk jaket ngn t-shirt jardine.Last kopek maa...Last gath ever.Pasni dah xde dah.



Ray - ok...ok..sure can...no prob...What saiz U want? I tink M la....standard size..


Cik Yuyun- Okeyyyyyy..cantik ar! :))


Sunday, December 6, 2009

Ku Pilih Rasa Ini

Kenapa aku masih menginginkan ia??
jawabnya ada di hati.kerana cinta tidak memilih,
cintaku pun tak bersyarat, untuk menyayangi seseorang saja aku begitu sangat sulit lalu mengapa aku harus membuang rasa yang tak pernah ku miliki sebelumnya yang sebelumnya aku sangat ingin merasakannya dan ketika aku mendapatkannya...
sungguh, aku tak ingin kan yang lainnya

Entah...........
rasa ini begitu amat besar, ia pasti tau apa yang kurasa...ia pun akan merasa bila cinta hanya penuh dengan perhitungan dan yang ada hanya untungrugi dan cinta bukanlah seperti
jual beli, munafik..??? naif???


Mungkin.........
tapi aku ikhlas..kerana yang kurasa adalah bahagia kebahagiaan yang seutuhnya dan bila aku harus memilih aku kan tetap memilih rasa ini dan mencintainya...mungkin rasa yang ku punyai tulus seadanya...akupun tak memungkiri, bila suatu hari nanti rasa ini hilang.. atau berkurang...tak akan ada sesal ku...kau pun tau apa yang kurasa...

kau pun dapat merasakannya...

Cinta itu indah........
saat kau merasakannya, kau tak kan pernah berharap walau sedetikpun
untuk melengah.. hanya untuk merasakannya

Cinta tak memilih.......
kerana hati yang merasa
cinta tak bersyarat
kerana ia datang tanpa kau undang
aku, kamu, ia..hanya merasakannya
mungkin kau menganggap aku sangatlah berlebihan mengertikan
cinta......terserah...
tapi apa yang kurasa sangatlah begitu indah...

Andaikan saja apa yang kurasa ini dapat kau rasakan agar kau dapat
mengerti bahawa apa yang kurasakan.. ku miliki..

saat ini sangatlah berharga dan aku tak ingin kehilangannya.

SELAMAT PAGI CINTA

SELAMAT PAGI, CINTA! menceritakan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki. Kisah suka duka orang bercinta.

Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita dek kematian suaminya yang sangat dicintainya. Menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berdua berkahwin. Ilham (Pierre Andre), seorang lelaki yang baik dan penyanyang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku.

Pertemuan singkat itu telah melahirkan ‘rasa’ di hati masing-masing. Ilham seberapa daya cuba memenangi hati Julia yang pada mulanya sukar menerima Ilham. Banyak peristiwa berlaku yang menguatkan takdir jodoh mereka dan akhirnya mereka berkahwin.

Hidup mereka begitu bahagia hinggalah pada suatu hari Ilham mengetahui yang dia menghidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Ilham begitu sedih atas apa yang menimpai dirinya dan dia berusaha merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan isterinya, Julia. Sejak itu Ilham berubah sikap, dia sering keluar dan tidak pulang ke rumah berminggu-minggu kerana menjalani rawatan di hospital. Julia mula menyimpan syak terhadap Ilham dan mereka bergaduh sehingga Julia mengetahui hal yang sebenarnya.

Kisah kedua, Azam (Que Haidar) yang juga merupakan seorang pelajar telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Azam dan Suci merupakan pelajar sebuah kolej. Azam merupakan seorang anak tunggal yang berkerja secara sambilan untuk menyara atuknya tinggal dengan ibu saudaranya, Mak Su. Walaupun Mak Su sering menyuruh Azam menghantar Atuknya yang sudah nyanyuk ke rumak orang-orang tua tetapi Azam menolak kerana Atuklah yang menjaga Azam sejak kecil.

Azam sangat menyukai Suci dan ketika Suci mula merasai perkara yang sama, Azam pula terpaksa mengecewakannya apabila selalu tidak dapat menunaikan janjinya kerana tanggungjawabnya terhadap kerja dan Atuknya. Pada suatu hari Azam berjanji untuk berjumpa Suci tetapi pada hari yang sama Atuknya telah terlibat dengan kemalangan. Sekali lagi Azam gagal menunaikan janjinya. Sehinggalah pada satu hari Azam terpaksa akur yang Suci telah beralih cinta kepada orang lain iaitu Yusry. Alasannya dia merasakan tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima kata putus Suci. Azam cuba menjelaskan perkara sebenar tetapi Suci enggan mendengarnya. Apabila Suci mengetahui perkara sebenar semuanya sudah terlewat.

">


Cik Yuyun - Movie ni kuar last month...kat ABO aku dh tgk banyak kali..then tayang kat Citra pun aku layan lagi....kenapa aku suke sangat citer ni padahal citer ni pendek je? jalan citer dia..sangatlah terkesan di hati..and yang pasti,instrumental song movie ni yang paling aku suke.tacinggggg..pada yang belum tgk..belilah dvd atau cd cetak rampok atau layan la kat astro..dah selalu kuar hehehe:))

WARIS JARI HANTU


Kejadian ini berlaku tengah ari tadi..time cuaca panas mnyengat.Aku ingatkan aku sorang je dalam adik beradik aku yang berperangai pelik kalau tido siang2 hari nak pakai selimut atau conforter..
rupanya Jun pun dah termasuk dalam list ni..ada waris rupanya...kekekek

Ko nape weh? tetengah ari pakai kompeter?
Jun rasa seram sejok nih
ek? buang tebiat tul!
(pastu geleng kapla..sakap org buang tebiat..diri sendiri pun 2x5..huh)

YES??

YES = Year End Sale or Year End Shopping?
Adoilah...lepas ahkok Tinie tunjuk aku katalog baru AR ( katalog under Alfio Raldo brand..tapi kalau AR ni murah2 sket ) aku trus jadi rambang mata..

sakit hati betul kalau tgk2 katalog time tgh pokai ni kan...tu sbb aku x ske istilah window shopping..sbb nanti kalau ada yg aku berkenan dan aku xmampu nak beli..mula la aku rasa nak sawan kekekeke..

kasut,perfume,handbag & novel....4-4 ni jgn di tanya..sebab jawapannya aku memang suke!! hahahha

p/s : aku teringat pada bbQ and mandi manda di air tejon yang aku plan ngn kak lang ngn bangah..Weh korang bedua..aku bukan takmo diskas lg.tgh outa bajet ni hehe..ne tau ada rezki turun dari langit dan time tu kita semua ada masa..leh la bpoya2 ye...

Sakuraaaa dah besar

Dia dah pandai membebel2 dalam bahasa dia sendiri..uu ngaaa..uuu aaa...beebe..ngaaa...
dah pandai makan nestum bayi...dah makin comel..kaki makin panjang..bulu mata makin lentik...
geramnyeeeeeeeee!!!!

Gift & Soviniers 2009


Ehek..arini perut aku x sihat.sangat2 bodowest apabile terkena sakit akibat senggugut nih.Dah lama aku x sakit macam ni..so bile sekali kene..rasa cam nk tertonggeng menahan siksa!sakit on n off..sempat tdo jap..bila bangun br selesa..

Tak sangka lg bberapa hari je kita nk say bye2 kat 2009 kan? time flies so fast bebeh..tahun depan umo aku dah 30..maknanya dah nk dekat 30 tahun la aku melekat bawah ketiak mak abah kan? hihihi..

Okeyh..sempena nak menutup tirai 2009..aku nak kumpul semua2 gmbr gift and souviniers (bukan Besday gift..yg atas ni kira hadiah atau sobinier tanda ingatan sahabat2) yang aku terima dan sempat aku snap gambo2nya..aku rasa aku ter'miss snap gambo keychain2 & t-shirt2 yang aku received..so,bile aku check balik folder2 dlm lappy ni.Ni jelah yang ada dalam simpanan..Korang mesti dpt lagi banyak kan..

Pada aku x kisah la byk atau sikit..yang penting ia adalah ikhlas dari teman2..yelah..kira ada lah mereka ingat kat kita walau di mana mereka berada kan..aku betul2 hargai pemberian korang dan terima kasih banyak2 atas FRIENDSHIP yang korang hadiahkan ini.

p/s - 2 jari jemari gebus yang sangat mesra di atas adalah tautan TANPA BERAHI antara aku dan Dodol occay?..hehhe.siap engrave nama Eliz & Yus.dan paling x tahan siap snap gambo x reti nak duduk..ada ke tgh2 berjalan pegang tgn nk tunjuk cincin dan snap.Orang keliling siap pandang2...Macam lesbian betul! sweet kan time tu dodol..i likeeeeeeeee hehe..and till now,i still remember the sweetest present from her..during Book Fair 2009.Eliz belikan aku 10 novel.Giler surprise siot..thanks Dodol..aku terharu.Dia sakap...Yus,ko pilih je buku apa ko nak n aku bayorkan.
Kalau ko refuse aku xmo kawan ngn ko lagi.Paham? Otak aku blur time tu..minah ni menang loteri agaknya? kekekke..

Baik nya si Dodol ni macam dia tu pakwe aku je kan? tapi percayalah..kami bukan lesbian taw.ekekkeke..

Dan dek kerana terharu..wiken tu aku turun lagi PWTC,aku rembat lagi 10 novel dengan wet aku sendiri dan kesudahannya macik Sarah melancarkan perang mulut..pot pet pot pet..sebab katanya aku membazir beli novel byk2 hehehhee
...