Saturday, August 15, 2009

Lulu dan Sikalang :-)


Pagi sabtu yang indah..telah di kejutkan deringan Unintended di cuping tingeku..aiyak...angah,pagi2 sudah kacau.mau apa ini perempuan.

Long,bangun ar.ko g mana-mana tak arini?
huu..hmmm..aaaa....tak.napa.. (mengeliat dengan pelbagai aksi 18sx hehe)
Tolong bawak aku g umah baru,nak submit form kat orang sana. Husband aku keje.
Aaaa...skrg ke? aku ngantok wei......nti ar.kul 10 ke 11pg ke.ko kol la balik ek
ok2..kul 10 ye.
aaaaa..

apa lagi..tarik slimut..zzzzzzzzzzzzzzz..(err,aku dah janji kat mak,kalau aku kawen aku x wat prangai malas bangun pagi lagi hehe) Mak aku sakap nanti kena sepak ngn amma mertua.
eyk? takkan la bakal mak mertua aku juara WWF ? mak tipu kan? kan?hahahha.

Sampai je kat flet angah,aku snap photo kenangan umah sewa dia lepas kawen ngn husband dia aritu.Mereka menyewa di sebuah flet sementara menunggu rumah yang di beli itu siap.Kelmarin dia dah dapat kunci and senyuman dia sangat-sangat lebar hehehee. Esok dia mau susi rumah.aiyakkk....kena tolong la ni.Abis ler lemak2 tepu gua kalau buat keje-keje pembersihan rumah 2 tingkat.huhu.

err...sebenarnya kan,aku tak berapa suka duduk di flet,atau mana-mana rumah yang tinggi-tinggi mencanak ke atas.Bukan sebab apa,aku rasa macam tak bebas.Bagai terkurung di dalam kotak bertingkat.Dan otak aku akan sempit bagaikan x cukup oksigen.Eyh ngade2nya kan...simptom2 yang aku lalui tu.Orang lain yang dok flet ok je? kekkeke.
Oh tuhan,andai sampai jodoh aku nanti aku harap suamiku takkan bawak aku tinggal flet.heheheh.carikan lah aku sebuah rumah,walaupun papan mahupun batu tapi mempunyai laman...agar pemandangan aku yang rabun ni akan segar dan bebas.Dan....mana tau,dapatlah aku membiakkan bunga2-an kegemaran ku [ros dan lily] di halaman rumah nanti.ececece :)

Haaa Lily..cerewet ye? gulp..ok2,x cerewet.cuma berdoa..inginkan terbaik dalam hidup ini.Sudah pasti setiap yang kita inginkan, kita perlu rancangkan bukan? Tapi kalau takdir tidak menyebelahi kita..takkan nak hentak-hentak kaki kan? Aku pasti akan sentiasa redha.Cuma 'si dia' perlu lah tahan jika aku bersungut hari-hari kena naik turun tangga(eyh...sama la tu mcm x redha je Lily oii?).kekekkkek:P