


lepas tu..aku berkurung dalam bilik,siapkan keje yang aku hangkut bawak balik tu.
Tak sabar nk lepaskan 8hb ni...kepenatan sangat2 terasa.
Tadi,ada orang mengidam nak makan idli..kalau sorang takpe,ni 2 orang.mengendeng2 suh aku bawak dorang ke Jalan Tengku Kelana..Ish..sib baik la aku ni baik hati..aku singgah ler jugak memenuhi impian dorang mengisi tembolok.
Dalam pada taknak..aku TER..oder :
anne...dua idli, satu rava tosei, satu milo ais.
ngeeeeeeeeeeeeee (aku ke yang makan tu? hehe)sah kenyang doh.
Tapi..ada bende lagi sardis.
Balik je umah..bukak tudung ingat nak landing sambil mengusap perut yang kekenyangan..
abah plak masuk sakap..
Long,x makan ke..ada sambal petai.
APA??? hehhe.Maka pada yang tau tentang sifat semulajadi aku yang cintakan MAKANAN..
tau jela..apa jadi pada aku selepas itew?
Aku TERmakan 2 pinggan nasi..Tuhan,selamatkan perut aku.
Dalam kepala..terbayang kebaya ketat kaler coklat..bole ke idak aku sarung 8hb nanti hahaha:P