Monday, October 12, 2009

Anda Pencinta Jenis Apa? Sayang atau Seks?

Aku terbaca dalam blog masa jalan-jalan melawat kawasan...saja tepek utk bacaan bersama..
Renung2kan ,selamat berkapel hehehe:))

Anda Pencinta Jenis Apa? Sayang atau Seks?

Cinta tiga segi? Zaman sekarang masih ramai lagi yang secara tak sedar melakukan perkara ini. Contohnye, korang ade GF/BF, tapi still suke kat orang lain. Last2 bile dah lama korang taktau camne nak buat pilihan. Situasi cinta ni sama macam korang ada skandal dan BF/GF. Kan? Sebenarnya, senang je untuk belajar menjadi setia pada teman wanita atau lelaki korang. Mainkan peranan masing-masing, kalau setakat GF/BF korang je
yang setia kat korang, tapi korang pula berfoya-foya dengan orang lain.

Boleh ke tahan lama? Cuba elakkan dari terjatuh cinta dengan orang lain. Keraskan hati dengan ayat-ayat manis lelaki atau perempuan yang cuba nak mengayat korang. Biasa lah, sebelum dapat semua manis kan, lepas dapat. "Mamak, Kopi kapal api satu, nak yang paling pahit k". Hahah, faham-faham jerla.
Ada lagi satu ni, korang taktau apa sebenarnya yang korang nak? Samada seks atau cinta? Memang normal jika lelaki melihat paras wanita dari segi rupa dan bentuk badan. Tapi kalau nak bercinta dan sayang perlu ke tengok semua itu? Memang setiap lelaki kalau boleh nak ada teman wanita yang cantik, pandai bergaya dan tahu menjaga hati pasangan mereka. Tapi boleh ke lelaki itu ada teman wanita jika dia hanya mahukan seks saja? Tentu tidak kan? Ada sesetengah orang yang sudah tidak mempunyai perasaan untuk bercinta, bukan kerana mereka ini gay atau lesbian, tapi mungkin kerana sudah selesa dengan status single atau tidak berpunya. Tapi kalau perempuan macam mana? Encik admin yakin, 70peratus perempuan jujur dalam percintaan mereka. Cume kadang-kadang ada sikit menipu. Hahaha


Ada juga sesetengah orang, bila sudah ada teman wanita atau lelaki, mula lah rasa single lagi bagus. Tak pening kepala dan macam-macam lagi. Tapi bila time single, mula la mencari teman wanita atau lelaki. Alasan, "jeles plak tengok member aku ni happy je ngan bf/gf die" n lagi satu, "lame dah single". Hahaha. Apa sebenarnya yang kita perlukan dalam hidup ni? Kasih sayang? Teman time sedih dan gembira? Atau seks?

Actually, nak tahu tak apa yang sebenarnya korang nak? OK. Korang sebenarnya hanya inginkan seseorang yang boleh dikongsi masalah bersama, tempat untuk korang bergembira bersama dan untuk mengisi kesepian dalam hati korang. Tapi bila korang sudah rasa gembira, korang akan lupakan sekejap orang yang sentiasa berada di sisi anda. Tak percaya? Cuba korang ingat balik, time korang lepak dengan kawan-kawan mesti korang akan kata busy atau sibuk dengan BF/GF korang kan? Or mungkin, korang reply pun lambat. Haaa. Itu baru kawan-kawan, belum lagi kalau dah ada bakal pengganti GF/BF korang. Mesti lupa terus kan? Tapi encik admin percaya, bukan semua orang begitu kan?



Yang terakhir ini agak panas sikit. Sekarang kebanyakan lelaki hanya mahukan seks saja. Pesanan untuk wanita, cubalah keraskan hati anda. Cuba bagi syarat kepada teman lelaki anda. Ugut dia begini, "u usik i, kite break". Even, bila korang cakap break, tu dah satu komitmen. Ingat, lelaki tak pernah rugi apa pun.