Pagi2 tadi semasa dalam perjalanan ke ofis,aku di kejutkan dengan panggilan talipon dari bapak pungut aku.(err..takde la terkejut mana pun,hehhehe..sebab dia ni kalo kol ari senin tu musti dalam perjalanan balik ke KL.Lepas kol aku..dia akan kol Huda..musti punya)
Ada ke dia sakap aku ngn huda anak pungut dia? Najis tol mamat nih hehe.
[Perbualan di bawah adalah perbualan anak dan bapak yang sebaya.Kami mengunakan panggilan 'manja' DOL utk dia..DOL utk aku dan DOL utk huda jugak.Tah apa singkatan DOL tu pun aku xtau.Tapi rasa cam sedap je bila dah biasa gunakan kekekek]
dol! ko sihat dol?
astaga dol..x bagi salam,x apa.terus sergah.ko napa dol..x sabo2 nk cakap ngn aku?
hahhhah..aku lupa la.Dari sehari ke sehari aku nk kol,tapi aku sibuk.Ko tau la..keje merempat ni, dengan bini plak jauh,tu yg aku slalu lupa nk tanya kabar anak2 pungut aku..(dia ni kje kat KL,bini dia kt Johor.so every week keje dia ulang alik membasahkan bumi johor yg gersang katanya kahkahkah)
badigolersss nya mamat.ko nk apa?
takde..aku nk tanya ni..mana frenster ko?
close akaun dah..
tagged?
close gak hehhhe
my space?
pun tutup..
astaga.apa nk jadi dengan anak aku ni..apsal tutup?
aku low profile hhehhe..
hi5?
close gak
eke eneee..pehal ko? napa ko macam bawak diri dol? Aku pun tak layan sangat bende2 ni.Xde masa.sejak2 dah jadi suami mithali di hujung minggu ni hehhe.Terlalu lama tak bukak,bila bukak tu yang aku baru sedo yang ko xde dalam list kawan2 aku.
Bawak diri kemenda..aku dah lalui proses matang.Bukan macam ko.Dah kawen pun tak matang kekekek..
Takde la..tiba2 hilang.Ingat dah pupus ke hapa.Makin kementot ke apa.Bistu apa je yg ada..
Blog..
Politik? ish ish..
Ye ler..Suke ati aku la.Nk tulis sal apa.Dah minat aku.
Lagi apa ada? mukabuku?
Aaa..fb ada.Tu je yg ada.
Aku search ko x jumpa pun?
Memang ar.Takde sapa yang akan berjaya search hehe..
Aku change emel addr.Nape..ko nk add aku ke?
Ha yela..lg mau tanya.
Emel lama tu ramai lak chattez ym ngn blogger politik invite aku join FB.Tamau ar..aku nak bebas.Tu yang aku tukau emel addr dan bersembunyi..hehe
Alah nk main sembunyi2 dengan bapak sendiri.Jangan mengada.Aku tengah drive ni..ko sms aku nick ko & emel addr..nti aku add.
ek ene..ko je yg tgh drive? bistu aku tengah basuh kain?
hahhahah..menjawab je keje ko ni.Hantar tau..nanti aku add.
Iyela2! dah g main jauh2.buhbyeeeeeeee.assalamualaikum!
Anak aku bagi salam? alhamdulillah..bai dollllllll.
Hmm..sengal kan bapak pungut aku ni.Aku pun xtau macam mana leh terberkawan ngn dia ni.Dia ni asalnya bukan kawan aku..Tapi kawan satu kos ngn Huda.Budak architechture kt Uitm Shah Alam.Tapi..x sangka kitorang bertiga leh ngam dan kalau bab2 mengutuk serah je kat dia nih.Dia tak sudah2 sakap aku ngn Huda ni bonzai dan bantot dan kementot.Mana tak nya..dia tu tinggi menggalah..huhu:P
So..bercerita tentang akaun sosial.Rasanya aku dah lalui zaman kegemilangan hampir kesemua jenis akaun.Dah pernah merasa seronok ke tak miliki bende2 ni.
Paling ngetop..MYSPACE.Hampir 2000 friends eventho aku set private,still ada yang add.
Di ikuti dengan FRIENDSTER..TAGGED dan HI5..yang remeh2 macam netlog,multiply,apa lagi yek..entah aku pn xingt,pnh je daftar then apa jadik pun aku tatau kekkeke..
Lama kelamaan aku bertanya pada diri aku sendiri.Apa relevannya aku miliki byk2 koleksi akaun sosial dalam hidup aku.Adakah ia satu keperluan? Jika di fikir secara logika,ia tak memberi sebarang faedah pun pada aku.Aku nak cari jodoh ke di sini? Bila bercakap tentang jodoh pula, berani ke aku merelakan diri aku jatuh cinta dengan lelaki2 yang gemar bersosial dan mencari teman wanita secara pulun habis dalam ni? Aku selalu berfikir, lelaki2 yang menambah kenalan perempuan/perempuan yang menambah kenalan lelaki - niat utk mencari jodoh : Yang jika di lihat profilenya,penuh koleksi perempuan/lelaki,ada nafsu dan kepercayaan kah dalam diri kita untuk menjalinkan suatu hubungan? Aku bukan bias kepada satu jantina sahaja.Aku maksudkan kedua2nya sekali. Ya,mungkin mereka ada alasan tersendiri.Mungkin untuk suka2 sahaja..Untuk menghilangkan bosan atau nak buat stok geli2 atau buat sparepart.Tapi sampai bila? Sampai bila nak bosan? Adakah dengan alasan bosan, kita cari hiburan dengan mencari kenalan baru..padahal kita sudah ada yang steady? Mencari nahas namanya tu dan memang anda tergolong kategori yang tak setia.Apatah lagi jika ianya di luar pengetahuan pasangan anda.Hidup ni penuh godaan,bila kenal orang baru..godaan syaitan tu sentiasa ada.
Satu hari nanti kita perlu berpijak d bumi yang nyata.Dan semua ini akan kita tinggalkan kelak...kita akan dengan sendirinya melepaskan bende2 ni.Cuma..bila masanya..tak siapa yang tahu.Macam aku..masa aku dah tiba.Aku lepaskan dengan rela hati tanpa rasa sesal walau sedikit.hehe:P
Aku masih ingat kategori2 lelaki yang rajin add aku.Ada yang jenis, gelpren kat TOP 1..tapi dalam message dok mengecek2 nombor phone konon nak keep in tacing..Oh hell..Status married pulak,masih mencari sleeping partner.Kalau yang dah ada partner pe el begini apatah lagi yang status single kan? Lagi la sengal dan meloyakan,hari2 nak nombor phone..di tambah dengan perkataan i like u,i missed u.WTH? + komen jiwang2...bunga2..love2..Tapi bile buat surfing..Ha,nampak dia missed kat orang lain gak hahhaha..Sengal kan? Aku dah jumpa spesis2 ni banyak dalam MS dan FS.Kalau kat tagged lagi la tak hengat..dapat TAGGED love.Yang peliknya...dengan rasa bangga selamba kodok dok menge'TAG orang sana sini dengan gambar2 romantis.Ramai yang tak setia dari yang setia dan peratusan lelaki/perempuan yang mengunakan akaun2 ni dengan cara yang betul adalah sedikit..Tu sebab aku susah nak letak kepercayaan tersebut.Aku bersyukur walaupun banyak godaan tak pernah sekali aku melangkaui batas seorang gadis yang masih ada status [in a reationship] pada ketika itu untuk menggatal dengan lelaki lain.Aku tahu di mana batas aku dan akhirnya..aku sangat pasti,ini bukan tempat 'lepak' yang serasi dengan aku.
Dan di sini juga aku saksikan kecurangan di depan mata.Percaya kah kalau aku katakan..kalau kita jujur dengan pasangan tapi pasangan kita pula tak berlaku jujur,Allah akan bantu kita untuk melihat 'sesuatu' yang di luar pengetahuan si dia? Ya..aku di beri kelebihan itu..Sakitnya..Tapi tu la..sekali kepercayaan yang aku beri di khianati,rasa tak percaya aku tu akan kekal pada momentum yang sama.So..that's y i delete all of my acount.Aku tak mahu terjebak lagi dengan perkara2 yang tidak seiring dengan hati dan perasaan aku.Aku tenang begini.Berblogging,chat dengan kwn2 rapat dan kwn sekerja..dan sesekali layan Fesbuk.Di FB,aku memang ignore orang yang aku tak kenal.Aku cuma nk keep in touch dengan my school mate,kawan di ITM,kawan2 sekerja dan kawan2 rapat.Tat's all..
Pada kawan2 yang tak sependapat dengan aku,aku minta maaf.Tiada niat untuk bertelagah cerita..tapi apa yang aku tulis di sini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku bertahun2..Ni cuma pendapat aku je dan inilah sebab utama aku tidak mahu involve dengan FS,MS, tagged dan watso ever..Ini bukan tempat aku.Korang mungkin ada pendapat sendiri.
Yelah,semua bende ada pro dan kontra..tak semestinya semuanya buruk2 sahaja..Pada yang pandai menggunakan dengan sewajarnya..mungkin ia akan jadi sebaiknya bagi pihak anda.Lain orang lain cara,kan? hehee.
Jika kita berbeza pendapat..tarak hal punya..:)
p/s : Nak melihat aku melepak..hehe..carilah aku kat forum2 novel,blog politik,blog kawan2,blog2 e-novel.x pun bertenggek di chatrol aidc..aku lebih senang ke sana jika aku ada masa..Sebab sana lebih open.