Tuesday, September 29, 2009

Ku Percaya Ada Cinta


Mereka meragui
Wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela..
Biar betapapun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya..
Tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta..
Tersembunyi hikmahnya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri
Cuba cari jawapannya andai meragui

Ku rela
Biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya
Tidak sia-sia aku duji
Ada hikmahnya pasti
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci
Dan abadi..

- Siti Nurhaliza

Monday, September 28, 2009

Jom kira wet raya....

Angeh - RM5
Pak Ngah - RM 2
Abg Pian - RM 5
Pak Itam - RM 5
------------------
Jumlah - RM 17

Ukhh..Rm17 je koleksen aku tahun ni? jatuh merudum..xleh jadik ni.kene gandakan usaha mengepau Balong,Bangah dan Kak lang pulak.Agak2 dorang nak layan x permintaan luar alam aku nih? muahhahaa..

RM 17 dapat la beli selai baju tido jenama LENO kekekeke:P

2 things in my mind ~

1- Ikan bakar

2- Mandi air terjun..

Kesempatan ber'ym ngn kak lang tadi,aku usulkan keinginanku yang membuak2 nak mandi air tejun.Lama ar tak mandi air tejun rindu sgt,last mandi masa gi Pahang,air tejon lipur lentang kot nama dia..so kak lang agree je,siap sajes nk wat piknik..aku suker suker..lalalala~

Then aku kacau Bangah..gtau idea aku yg boombastik lagi menawan ni.Bangah sakap..byknya plan..ikan bakar pun x sempat buat lagi..kekkekke

So lepas ngobrol2 dlm sms..We came out with one plan...buat bbQ kat umah aku.yeyeyyeye..aku suke suki sama bbQ.Aku dah siap gtau Pak Usop kitorang nak berpoya2 kat sini..Pak Usop sakap...okeh bebeh,rojer n out.Kak Lang nanti leh tido bilik aku.Bangah lak..ehem ehem..aku divertkan ke umah Macik Piah kahkahkah.

InsyaAllah..Lepas Man kawen ar aku set kan tarikh.Mudah-mudahan plan ni dapat di realisasikan.Harap2 Balong ngn Kak Long setuju la hendaknya..Then baru plan bermandi manda plak..yippi.........

Sakura....iskkkk


SEBUAH PERJALANAN CINTA


Kali pertama aku menyedari
bahawa aku mencintaimu..
Apabila aku bangun dari tidur
dan sedetik itu aku teringatkan mu
Tiada yang memenuhi segala ceruk hati
Dan perasaanku melainkan mu..
Tiada jua yang saat dan ketika
Ku lalui tanpa mengingatimu..
Aku sedar aku telah jatuh cinta
Dan aku sedar aku sedang mencintaimu

my_redrozes/Julai03

Dan aku juga mula menyedari
walaupun cinta itu hak milikku
Dan jugak hak milikmu..
Tapi perjalanan untuk memilikinya sangat sukar
Antara kita ada ranjau dan duri yang menghalang
Ada gunung yang tinggi memisahkan kita
Perjalanan ini tidak terhabis oleh kita
Namun kita harus pasrah
kerana kita tidak berdaya mengubah takdir..

my_redrozes/November07

Sunday, September 27, 2009

Kemeriahan Syawal...


Pejam celik pejam celik..dah seminggu kita semua beraya kan..

Tahun ni adalah raya yang sangat manis dalam hidupku..Bertahun masa ini ku nantikan....rupanya hari raya pertama 2009 ia menjadi kenyataan.Terima kasih tuhan kerana memakbulkan doa hambamu ini.Aku tidak pernah mengagankan sebuah pertemuan indah,cukuplah jika suatu hari nanti dapat ku tatap walau sekali wajah seorang ibu yang telah ku anggap seperti ibu kandungku.Dia tidak pernah membelaiku,jauh sekali mengenaliku secara dekat..kuasa tuhan,aku jatuh kasih setelah kali pertama aku di pertemukan dan diperkenalkan dengannya...Aku tenang dan sebak melihat wajahnya.Moga makcik sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan di kurniakan kebahagiaan dunia akhirat :)

Back to cerita raya...hmm..xde nak komen apapa..kecuali PENAT.Aku bukan mabuk makan kuih raya.tapi mabuk melayan pinggan mangkuk yang melambak2..
Aku pernah suarakan isi hatiku pada Pak Usop..abah,x bule ke kita beli pinggan kertas ngn cawan kertas.Yu penat ar nak basuh pinggan hari2..banyak lak tu..(sambil buat muka sedey)..tiap2 tahun tau aku merayu2 kat Pak Usop tapi Pak Usop tak layan pun kekkeke..
Abah sakap.....nanti abah dah xde baru beli.Sekarang ni,abah x suka nak jamu tetamu pakai pinggan kertas,apa guna mak ko beli pinggan mahal2..simpan dalam lemari je.Ni cara abah hormatkan tetamu,rumah orang lain nak buat abah x kisah..tapi dalam rumah abah.Xde nak pinggan2,cawan2 kertas..
Haaa...padan muka aku kan..dah tau jawapan stil nak tanya gak kekekke.....tapi xpe.taon depan aku akan tanya lagi hahhahahaha...'rajin dan usaha tu kan tanggavelu' :P

Yang paling best seronok bertemu semua sedara mara yang berkunjung dari hari pertama syawal hinggalah ke saat ini.Ni time aku menaip ni pun keluarga Pak Andak aku ada kat ruang tamu..hehe..aku penat lolz,nak menulis dan berehat la pasni.Esok keje..adeh.Stress lak rasanya bile nak pikir kan sal keje.Tadi sempat bukak emel keje..adoyai..sengal.Email pun satu hal.Aku dah rasa fed up nak baca email keje.Bayangkan email2 untuk 4 department semuanya dok terjah masuk inbox aku (Import,Transhipment,Documentation & Logistik) menyemak masuk dalam inbox aku.Ni la bahananya duduk dalam department yang pelbagai..aku sorang je plak tu yang kene dapat bende2 ni..orang lain,satu department tu je email je).Nasib badan ler labu.Sudahnya..aku biaukan je.Aku baca yang current je..nk delete satu per satu sungguh aku xde masa.

Mood raya masih menguasai,mood bermalas-malasan lagi lah bermaharajalela dalam minda ni.Bila lah aku dapat qada' tido ni...tapi tahun ni,aku akan cuba ganti pose seawal yang mungkin.Serik arh ganti last2 minit.Banyak godaan makan2 hehehhe...
Wokeh ar..time to menidurkan diri.kesian aku.Sejak2 pose ngn raya ni..aku kurang tido.Risau betul,terbantut tumbesaran aku nanti..kekkeke.

Pen off.Daaaaaaaaa

LilySakura - Sesi Fotografi


On 19/9...Both of us had a great time together..kan Sakura ? hehhehe..

Plain Jane..

"Aku tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang hanya berpuas hati dengan kesederhanaan.Aku ingin menjadikan hidup aku lebih dari itu...."

"Aku tahu perasaan menjadi gadis yang tidak mempunyai apapa kelebihan,menjadi gadis yang terbenam bersama kertas dinding sementara orang lain menjadi tumpuan.Aku tahu bagaimana rasanya menjadi Plain Jane.."

"Saya seorang yang unik dan saya mahu seseorang yang saya cinta dan bukan hubungan patched up yang di cipta semata-mata sebab tidak mahu ambil risiko keseorangan.walaupun saya tidak mempunyai apapa kelebihan tak semestinya saya akan menerima sesiapa saja dalam hidup saya."

Watak gadis dalam Plain Jane yang tidak mempunyai apapa kelebihan ini mirip aku.Semangat Balkis ada dalam diri aku.Kami pencinta yang setia namun kami sanggup melepaskan orang yang kami amat2 sayang tanpa memberi peluang ketiga mahupun keempat... jika terang-terangan cinta kami di khianati.Jangan harap kami akan fight for 'his love' anymore.Geli je bergaduh kerana seorang lelaki curang kan? He may get lost..hehehhee:)

Mengimbas kembali patah2 ayat dalam Plain Jane sentiasa membuatkan aku kembali bersemangat.Ya,aku bukan Miss Malaysia jauh sekali seorang Bidadari..aku hanya insan biasa di mana aku adalah diri aku...aku tidak mahu menerima sesuatu sekadar untuk memenuhi kehendak orang lain dan juga kerana tuntutan usia.

Itu saja.... fullstop:)

Tuesday, September 15, 2009

Hola...Hepy Beday!

time gambar ni di ambil..pasangan somi isteri ni tengah dengar pak usop bercerita sal pak pandir dan buaya kekekke:)


16-09-2009

hepy beday abg rizal..yus doakan abang di kurniakan kesihatan yang baik,di limpahi kemurahan rezeki..moga impian abg nak jadi pemuzik dan penulis lirik akan tercapai...nak faizal tahir nyanyi lagu abang kan?..InsyaAllah..mudah-mudahan Allah permudahkan laluan abg..err..klo FT xde..saya pun bole nyanyi ar bang..offer baik nih.. kekekekke


juga tak lupa..moge sentiasa ceria bahagia di samping wife terchenta,kak ros dan 2 hero abg yang comei tu..iqbal & munif.

thanks sebab abg sentiasa ada di kala yus sedih dan happy.Moga ukhuah ini di rahmati dan berkekalan.InsyaAllah..

psst..beday abg sama tarikh ngn anwar mimpi nak jadi PM lar.ekkkekeke:P

Tritt Tritt..

Arini saja nak kacau dua adik yang berada di perantauan..Jun & Arif..Arif balik Jumaat ni,Jun balik Sabtu yeyeyyee......i like...:)) tadi aku sempat kenakan 2 orang adik aku ni..ala2 sms hangit.xmo citer la nti korang jadikan idea plak nak kenakan orang ngeh3x..

eh jap.nk tanya korang penah terkena panggilan hangit tak?
kekkekek..aku tak pernah,tapi panggilan yang ala-ala panggilan hangit tu ada la..

2 tahun lepas tak silap aku...adik lelaki aku keje kat KL..no ofis dia aku taktau.
samdol betul dia kenakan aku..siap bacakan nombo IC aku..suara memang lain abis..no lak area KL sama ngn nombor BANK yang aku selalu deal untuk bayaran kete aku.Tau lak dia aku penah ada tunggakan bayo kete..tapi time tu memang aku br setel 1 bulan je..ada lagi sket la yang tertunggak.aku dah kautim ngn orang bank dah sebelum tu...next month br bayar abis sebab time tu aku ada masalah kewangan yang x dpt di elakkan..

alih2 dia sakap..macam ni la..kita memang kena keluarkan notis penarikan..
eh mana boleh.aritu orang u yang cakap boleh bayar bulan depan.
oo itu budak baru dia tak tahu sangat..
takde makna nya budak baru..u jangan nak main2..time tu sore aku dah meninggi sebab dah penat bercakap ngn mamat ni (sore dia sebijik mcm apek, x rupa sore adik aku pun)..darah aku dah gelegak sebab dia x paham bahasa aku sakap nk bayar bulan depan dia sibuk gak nk keluarkan notis.. adalah nak dekat 8 minit dok bertegang urat ngn dia..

then last dia ckp..mcm ni la..u bayar saya rm200...saya kasi tutup semua pending bayaran bulanan u.

eh eh..rasuah dah ni.(otak aku dah pikir lain) lu jangan main2 ar..orang bank ini macam ka?
aiya u ni.orang mahu tolong u bising2..
bukan bising u pikir lah..i dah discus dengan pegawai bank,lagipun baru sebulan tertunggak lu kecoh pe hal? (marah ni..marah heheheh)

ok2 ini macam a..u jangan marah ar..sebenarnya kan..U taktau ke dengan sapa u cakap?
u sapa?
saya dari hot fm...pastu sore gelak2..
jahane tul...time tu peluh aku dah mercik2..bodoh gile..aku dah menyumpah2 sapa lak yang pedajal aku nih..
pastu aku tanya..sapa buat ni??
adik u la..itu osman..
hah?????aku dah jerit2 dalam kete..(sib bek tak meracau..kemaluan besar siot kalau bende tu betol)
pastu jap lg...aku dengar..woi long..man ar ni..kahkahkaha..pecah gelak dia..
bodo punya adikk.....huwaaaaaaa..dia kenakan aku.memang spesis puaka..memang time tu aku rasa nak sumpah dia jadi tenuk masuk pertandingan pakaian beragam.nape la dia jadi adik aku time tu hahahha.sengal!

Monday, September 14, 2009

Family Gath....13-09-2009


Sakura layan nenek atau nenek layan sakura? hehehe..

Nampak macam sikit je family aku.Padahal adik beradik 9 orang hehehe..

Gambar last..Sakura tengah melayan perasaan sementara semua orang tengah berbuka.
baiknyeee dia..x nangis pun.muahh muahhhh cayang sakura:P

Acara - Makan-Makan Family
Tarikh/Masa : 13/9/09 @ 1915hrs
Lokasi : Selat Damai.
Anjuran - Angeh & Hubby
Peserta : Mak,Abah,Mertua Angeh,Along,Boy,Man,Ijal,Baby & Yin
Gagal hadir : Arip & Jun (Tiada tindakan akan diambil)

"kenapa bah kau berubah..kenapa bah.." agaggaga..ehem..intro xde kene ngena ngn gambar..ni lirik lagu stacy- pakai buang..saja nak bitau aku terSUKE lagu ni hehhehee..

okes..back to family gath.ekceli nak buat kat umah kitorang je,tapi angeh beria2 ajak..so dengan hati gumbira kitorang oraits je.Rumah aku pun dah macam tongkang pecah..sana kemas sini kemas..aiya..Nak kumpulkan kesemua ahli keluarga memang payah.Since ni minggu terakhir ramadhan cz nxt end week ni nak raya kan.Jadi elok makan beramai2..Seronok dan hati kecilku pasti akan rindukan saat-saat ini semula :)


Thursday, September 10, 2009

How i missed them!

rindu weih..rindu gaban..

semalam aku baru create id skype yang baru.ekceli skype ni je yang di benarkan di guna pakai dalam opis aku.tapi aku dah lama x log in...lupa password lama..

so,smlm keje2 meng'add budak2 opis sana.dan chat la kitorang dengan melepaskan rindu dendam..

tapi ayat yang paling tak best....

anni - rasanya kan kak yus,lepas Abu balik umrah mesti dia slalu pegi PJ opis sebab buah hati dia kat sana..

hakhakhakh..geli mat mat mat...wakluuu,cross 44 angles wey..laki orang..sik mauk!

apapun..aku rindu kenangan dengan diorang..otak mereng semuanya.i likeeeeee:))



Update 10-09-09



tadadadaaa...arini baru la aku rasa segar sket.tak padam awal.kalau tak..2 malam,aku tido macam dah setahun tak tidor..letih siot.hmm..arini aku nak tunjukkan meja aku bekerja..semua yang kat atas tu bukan milik aku..kecuali handbag tu je.kkekekke..semak kan? lagi semak mata aku memandang.nak je campakkan semua file2 tu kat tong sampah.tapi hari ni dah kemas sikit sebab aku buat kerja-kerja pembersihan..baru senang ati nak bekerja...


setelah 2 malam berturut-turut aku tak berdaya nak bangkit..tadi aku suh gak adik aku belikan pearl kacip kat timah.manis sangat la air ni eh..masuk yang ni baru 2 tin aku minum sepanjang hayat aku.aku kurang gemar segala jenis kopi bertenaga,tapi yang ni jenis jus..ok la sket tekak aku leh terima..ikut ati nak je togok livita atau redbull tapi mak aku tak kasi hahhahaa..

memang lemah ler badan ni...tak tahan kalau hari2 aku lembik cani.kalau dlu kat opis lama..aku akan sentiasa keluar masuk opis.tapi kat sini.tugasan aku lebih terfokus depan pc.jadi mata aku yang ala ala rabun itik ni terpaksa bekerja lebih keras untuk fokus kat screen.sangap weih..tapi dengan persekitaran sekarang..pakaian2 ke tempat kerja dah semakin sopan.kekekke..dah mula pakai baju kebangsaan kaum melayu..sopan nya anak abah heheh:P

Wednesday, September 9, 2009

toink toink..

agaggagaga..
semalam kan...aku kuar umah kul 6.30 am....sampai tepat kul 7.30am..
tp kan..arini aku kuar lambat 4 minit je..6.34am..sampai opis 7.50..
kahkahkah..x pandai aku nk ejas masa..So hari2 aku kuar jela 6.30.Janji aku sampai opis awal :))

balik umah semalam..badan aku flet..letih gaban.penat seyh.yela memula lagi kan travel jauh.8 thn sebelum ni tau nak besenang lenang je tempat keje dekat hehe...jadi badan ni ngade2 sket..keletihan terlampau.rasa cam urat betis nak putus.kat klang je hampir 30 minit aku stuck.teruk nyeeeee.

nnti aku tunjuk gambau meja kerja aku..buruk la..dengan semaknya.dengan file² staff lama...apastu tandas dia x best.aku rindu tandas kat port klang hehe....mcm x besih.cane la cina2 ni leh idop lama dnegan keadaan cantu.lupa nk sakap..department baru aku ni..3 orang je malay termasuk aku..lagi 13 ekor cina..cong ceng cong ceng sakap cina..pening aku.seb bek manager cina aku ni hensem..betul2 dok sebelah aku.Kemalu-maluan plak aku rasa kekkekek:))

Yang tak best cuma satu..aku dah xleh nak 'bersosial' lebey daaa mcm dulu2..rindu kawan2 hehehe.bodben aku ada je dlm handbag.tapi masa tak mengizinkan utk aku berpoya2 ngn kalian..ni aku update blog ni pun..sebab dorang x masuk opis lagi hehe.Tapi insyallah..kalau ada masa...aku pasti akan online.tunggu jelah saat dan waktu itu:P

Monday, September 7, 2009

Are U Ready?




ngeee....weh korang,aku takut la.dub dab dub dab nak tggu hari esok.tak suke la perasaan cani..hehe:P
hmm..rasanya ini je kot barang-barang yang akan aku angkut ke sana..
the rest angkut pelan2 ar...hmm..baju pun dah siap gosok tau..bekobar2 seyh..
tp dalam hati tuhan je yang tahu.
head aku kat sana rupanya mak pada kawan sekolah aku masa kat convent dulu..ek enee...kecik dunia ini kan.agaggagag:P

Sakura demam arr...makyang




ehek..penat seyh.nak tidokan budak tecit nih.dah nak masuk ber-album2 aku nyanyi tapi tak tido2 gak..dari lagu Scan,masuk ke lagu Siti..sambung lagu Fotograf,tukau ke lagu Angelika,sambung ke lagu Rossa..dan akhirkan dengan lagu Muse..dia tetap menten segar bugar je.Dok gugu ga ga,sengih2 takde gigi je pandang aku.Gelak ye cayang..gelak lagi.lama kita tak bermanja-manjaan bersenda loka kan cayang..apasni makyang keje jauh lagi tak jumpa Sakura..huhu..rupa-rupanya anak buah kesayangan aku ni demam.cian nya dia..patut la serba tak kena.Kalau tak selalu aku pangku je dia senang lelapkan mata..

Baru tadi dia lena lepas bagi susu....henjut lama-lama tido pun dia.So,time si kecik tu tido..aku dengan pantasnya masak sayur kailan dan tolong racik-racikkan bahan yang patut untuk lauk lain.Tu je keje aku arini...masakan lain,mak yang nak masak.Cuma kejap lagi nak potong tembikai and buat air nenas.yummy..
Malam kang klo sempat aku hapdet blog..Persiapan nak kerja di tempat baru hehehhee...Awal-awal lagi ai dah gosok baju tau..tak kuasa ai.kekekke

Hidup Berjiran & Sensitiviti Masyarakat


hihihi..geli je aku tgk tajuk yang aku letak ni.Cam formal plak kan kekekke..
hmm..bercerita tentang ini.Aku bukan nak mengajak korang semua mengutuk,mengumpat,mengeji dan sbgnya..cuma,aku nak sharing pengalaman aku sendiri.Aku perhatikan ia telah menjadi kebiasaan jiran-jiranku.. rasa cam nak kasi tazkirah pendek je kat diorang hehhe...
Taktau la habit ke apa atau mereka ini sememangnya tak sensitif dengan masyarakat sekeliling.

Mereka sangat suka hantar lauk pauk semalam sebagai juadah berbuka pada jiran.Kalau pun bukan bulan puasa..mereka tetap menghantar belen-belen lauk,kuih.Aku tahu sangat bertukar-tukar juadah adalah amalan yang sangat di galakkan sesama kita yang ia juga merupakan antara faktor yang mengeratkan silaturahim.Tapi kalau ianya dah nampak sangat memang lauk semalam yang di panaskan dengan roti keras jedegang..apakah perasaan anda ketika menerima juadah tersebut?

Ya..aku memang sangat cerewet dalam hal ini.Sedangkan aku..walaupun juadah yang baru dan fresh,tapi sekiranya ia telah melepasi waktu berbuka,aku memang segan giler nak kasi orang.. Aku takmo mereka syak tu belen-belen makanan yang tak habis.
Pada aku,kalau aku nak memberi sesuatu pada orang atau nak bersedekah.Sedaya mungkin berikan yang terbaik,bukan yang semalam kemarin punya lauk.Lebih baik tak payah bagi.Orang pun tak mengata.Dalam banyak-banyak perkara..hati orang adalah yang paling susah nak di jaga..sekali ia terguris,terasa bersalah selagi kesilapan itu tidak di perbetulkan.

Aku nak sangat menjerit memberitahu jiran-jiranku yang sangat 'baik dan tak alert' tentang perasaan orang lain tu..tolonglah jangan kasi lauk lama..Tak kasi pun takpe.Tak siapa mengharap...Konon tak mahu membazir dan mereka tak nak buang.Tapi bila dapat kat tangan jiran yang di beri..bukan makan pun.Sama je..kami buang! Ada tu..yang basi pun ada.Kalau korang dapat..apa rasa? kecik ati tau..dah basi pun kasi.uhukk..Tolonglah... :((

Tapi abah sentiasa mengingatkan..takpelah..biar orang buat.jangan sekali-kali kita buat atau anak-anak abah buat.Walau siapa pun orang itu..kawan,jiran,sedara,adik beradik...apa saja
yang kita nak beri atau belikan,kita beri yang terbaik...
InsyaAllah..aku akan ingat pesan abah sampai bila2...kalau kita tak suka orang buat kita macam tu..jadi kita sendiri jangan buat kat orang lain. Peace :))

p/s : arini kan..macik sarah nak masak ikan bakar,cecah air asam..apastu lauk asam pedas dan apa lagi tah...tu 2 je aku ingat sebab mak dah plan dari semalam..Katanya..saja nak buat.Start esok xtau la along sempat ke tak balik berbuka sama-sama..kehkehkeh..sabo jela.

Kad Raye...

Lagi 2 minggu..lebih kurang ar.Kita nak menyambut hari raya.kan?
Bila tiba hari raya..ada satu perkara yang aku masih lakukan sehingga sekarang.
Hantar kad raya pada kawan-kawan hehe..sama ada pos or by hand:))
Tak suke la kad raye versi e-card....
Kalau pakai kad ni ada sentimental value..aku suka cara ni..
So...insyallah.Tunggu kad raya dari aku dalam jangka masa terdekat ni ye...
setem dah beli,kad je belum kekekke...

p/s : wooppps...lupa la tahun ni ai xde boipren..
so,no need nak fokus lama2 kat bahagian kad raya utk kapel kahkahkah:P

Truely Deeply Madly :)


Friday, September 4, 2009

DIA lebih tahu...

Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan? Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216.

Sangat betul dan aku sangat suka baris ayat ini.Ayat ini sangat mendamaikan..Dan aku akan cepat insaf kalau aku asyik merungut itu tak kena ini tak kena..
Kadang²..benda yang aku sangat² suka tu lah yang menyusahkan hidup aku..Kadang² benda yang aku tak suka jugak yang aku dapat.Memang tensen...tapi..DIA lebih tahu kan?

Untuk pengetahuan korang kekekke..aku BENCI giler line SWI yang principalnya based kat Tauranga,New Zealand ni.System dia complicated,keje dia remeh,kalau key in data kat system sini,sistem sana pun kena key in.Double job.Kalau datang breakbulk kargo...memang azab.Penat aku tergedik² kat ex bos aku mintak tukar line.Kisah dulu la ni.Masa mula² aku join company ni.Sebabnya hanya satu,STAYBACK.Di sebabkan aku duduk bahagian operation aku slalu kena stayback.Dah la takde transport.Malam² kul 10 -11 mlm baru dapat balik.At that time..ex bos aku yang kena hantar balik.
Selasa baru ni, masa buka pose dengan ex bos aku kat Concorde..dia siap kasitaw kat semua orang.

Yus la ai paling tak boleh lupa.Sebab dia staff paling manja...stayback je,ai kena hantar balik.

ceh..bukan manja.Tapi tu tanggujawab u..ai muda sgt² time tu maa.Keselamatan i, u kena la jaga kan..hehe..Dah u suh ai buat keje,takkan u nk biar ai sorang² balik?apa kes? u tak takut ke kene pukul kat tengkok oleh bapak ai..ahaa..ai x jamin tau hehe :P


Hmm..sebab tu la aku x suke jaga line ni.Hasil kerja keras bergedik,ex bos aku kasi aku jaga line yang lain hehehe..Maka aku lepaskan line ni dengan hati gumbira.Lepas tu aku jaga cargo middle east.Europe.Sekarang South East Asia dan serata negara India punya line..

Tapi hari Selasa yang akan datang kan..jeng jeng jeng...aku kena handle line SWI again! kahkahkah..sengal.agaknye....kenapa yang aku tak suke tu jugak yang aku kena buat ek?hehe.. Tuhanku,pls help me..timbulkan la rasa suker aku pada line ini ..kehkehkeh :))

MAIZA.....com'on ler......


HAJAT untuk menyertai dunia nyanyian nampaknya berhasil jua apabila Maizawati Zainal telahpun mula memasuki studio untuk merakam lagu dua hari lalu.

Setelah 20 tahun meninggalkan aktiviti nyanyian, Maizawati atau Maiza kembali mengalunkan lagu yang sememangnya diminati sejak kecil lagi.

Maiza sedang menjalani proses rakaman dua buah lagu berjudul ‘Ketentuan’ manakala sebuah lagu raya yang belum diberikan tajuk.

What i can say? Maiza..jangan buat aku rasa meluat!Cukup² lah meng expose kan diri.Fokus pada biz dan anak² cukup lah.Harungi dunia penuh cabaran ni secara sederhana.Jangan terjebak dengan industri ni.Dah macam Ina Naim dah aku tengok.Akhil dah senyap ko pulak yang over.Plis lah! = (

Jumaat yang indah,Jumaat yang sedih...

Lama pulak rasanya tak update blog,baik blog ini mahupun blog DISJ..
mood aku jatuh merudum sama sekali..efek sebab nak tinggalkan ofis kot? hehe.Ofis yang memberi terlalu banyak kenangan pahit manis di sini..8 tahun beb,bukan satu jangkamasa yang kejap..People come n go..dan nampaknya.Rezki aku masih di sini..di satu2 nya syarikat pertama aku bekerja.Cuma beralih angin,bidang tugas dan rakan sekerja..

Pagi2 lagi aku dah gosok sehelai baju kurung pahang kaler biru,berkain songket.Aku rasa macam sopan giler arini.Macam nak beraya pun ada jugak kehkehkeh..Lepas salam mak ngn abah..dan menuju ke kereta,abah sakap..
Long..arini abah rasa hujan lebat.
Asal hujan lak..kan okey je cuaca arini.
Yela..ari jumaat along pakai baju kurung.
Oh hahahahaha...saja tau pak usop ni.Saja je nak nampak ayu dan sopan arini..hari last la katakan.kekekeke..

Memang aku bukan resign dari sini..cuma transfer ke HQ je.Tapi yang buat aku sedey..Aku sure akan rindukan jalan sibuk di Port Klang,McD,KFC,Pizza,Briyani Maidin,Restoran Anjang,Siang Malam restoran,Nasi Padang,Hajira Corner,Masjid As-Samadiah,Kedai² makan di area port Klang..dan segala² nya yang melibatkan kerja dan tempat di Pelabuhan Klang.
Musti aku rindu sama itu Westport,Northport dan LPK jugak..Adeyh..sukar rupanya nak berpisah selamanya.Aku amat harap aku akan kembali...tapi tiada yang pasti.Sebab hujung tahun,ofis Port Klang & Head Ofis akan di combinekan di Bandar Baru Klang.

Workstation aku,aku dah mula kemas sedikit demi sedikit....arini meja aku lengang.Semua aku dah angkut bawak balik rumah.Cuma ada sebatang pensil,sebatang pen,stapler dan calculator untuk buat keje arini.Hehehe...

Semalam..kawan-kawan di sekelilingku mula bercakap sedikit demi sedikit..

Abg Zaaid - abg tak sangka Yus volunteer nak pegi sana.Dah tak best la lepas ni,dah xde cikgu yang tolong karangkan email bahasa inggeris untuk abang.La bang,orang lain kan ada...Orang lain memang la ada,tp x sama macam Yus.Yus x pernah berkira.
ecececece..nak beli jiwa la tuh hahhahaha..abg zaaid poyo!

Abg Shah - Yuyun,nanti abang dah tak dengar dah suara nyanyi lagu ulang².Kalau yuyun nyanyi abang kena bagi tabik hormat.Cesss...ini brader manyak ja at tau.kekekkee..

K Tinie - weh yus,blutooth semua lagu² yang ada kat hp hang..lepas ni dah tak jumpa.Maka sempat ler dia blutooth lagu Last Kiss,Khatimah Cinta dan The Loneliness.Pagi² tadi masuk ofis...dia dah mintak siap² lagu lagu She's the one- robbie Williams..adeyhh..rasa macam tokey MP3 plak.Sudahnya aku kasi pendrive aku..ha,copy ler lagu apa yg akak nak.kekekeke..

Anie - Hmm,lepas ni kena tumpang orang lain la time saya nak balik.Sedeynya..Kak Yus xde..
aku pun balas..yeyeye..akak suker²..xyah anta ko balik umah lagi kahkahkah..just joking!Dah xde teman lagi..lepas ni sorang² balik uhuuuu..

Ms Teoh - U mau pegi PJ aa amoi? Aiya..manyak susah la lepas ni.I mau buat air nanti tak ada susu.Cehh..nyonya ni kan..suka melawak.Punya la banyak² ibu kat dalam pejabat ni..mintak ler kat diorang,ada ke mintak susu aku dia nk buat air milo..Wa takde susu la Ms Teoh.tggu wa kawen n beranak aaaarrr....kahkahkah..

Hmm....tu sebahagian..Petang ni..Taktau la macam mana perasaan aku nanti...rasanya pasti akan tambah sebak..Paling aku ralat.Pemergian ku ini tanpa pengetahuan Bos yang paling rapat dengan aku..si Abu.Xleh reach langsung talian dia kat mekah sana..Apapun aku yakin,dia pastikan akan doakan yang terbaik untuk staff²nya..teringat kata²nya tempoh hari.

I akan doakan u dapat jodoh yang baik ye Yus..Aku cuma senyum..
Nak spesifik tak Yus? yang handsome macam i ke? Muka mix macam i ke? atau kaya macam i?
Eyhh..kalau semua macam u,kan elok U doakan klon U tu jodoh i? hahahhahaha
Doakan la yg baik² ye bos..huhu..x dapat nak rasa kurma dari mekah nti:(

Apa pun..aku kan terus mengorak langkah ke hadapan.Moga Allah berkati langkahku...Ku Kan Tetap Menjadi Bintang di Langit :))

Wednesday, September 2, 2009

Macam katak bawah kole daaa....


Hehehe...aku gelak je tengok tagline nick atas ni.Beliau ternyata tidak faham dengan istilah RON.Agak² dia kompius tak jenis² nama shell V-power,primax,syntium dan pelbagai jenis jenama yang ada di stesen² minyak negara?kehkehkeh..
Kesian,macam katak bawah kole...pastu letak tagline macam tu sahih spesis lembu:))
RON ni dah lama..pada yang tidak ketahuan,di sini aku sertakan sedikit info agar kita semua celik ilmu.Jangan jadi seperti nick di atas.ehek:P

RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.

RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.


Kerajaan dah bagi alternatif Ron95 pada harga RM1.80.Sebelum bertempik nak salahkan kerajaan tengok dulu faktor² kenaikan dan apa alternatif yang kerajaan bagi.Dulu masa naik mendadak kerajaan berikan 'hadiah' rebate tunai.Orang-orang yang menyalak marah dengan kenaikan minyak ini juga adalah antara orang yang paling cepat beratur di pejabat² pos untuk claim rebate.hehe...
Pakai ler Ron95...kebanyakan kereta memang boleh guna minyak ni.Pada yang cerewet dan kaya..teruskan la memakai Ron97..apadehal :))

Tuesday, September 1, 2009

I'm leaving..on a jetplane


Selasa 8/9/09 - bermula satu cabaran baru.Bangun pagi2 dan keluar bekerja.
kehkehkeh..
Head Office- Petaling Jaya.
I'll take it positively..Dan aku sangat sukakan cabaran.
Aku akan kembali ..Insyallah.Pastinya hujung tahun ini..Ofis baru kami di Bandar Baru Klang.Lega....dekat cikit ngn JJ Bukit Raja..yeye:))


CUBA TEKA

tadi..aku buat peraduan cuba teka apakah benda belang2 ini.aku hantar mms ke 4 org responden.. jawapan yang aku terima sangat me'menyampahkan hahhaha

1- sarung bantal
2- selimut sakura
3- cover seat kereta
4- lapik kaki

cis...jawapan yang tak memberangsangkan langsung kehkehkeh.Sebetulnya...tengok bawah ni :))



Baju aku ler.....dah lama tak pakai.Tiba2 aku teringat kenangan dengan bos kesayangan aku.Si Abu tu..
Masa tu aku jumpa dia sebab nak sign claim.pakai baju ni..Lepas tu dia pandang aku semacam..then dia sakap..
dulu masa MASUK sana dalam u buat kesalahan apa?
erk...salah? salah apa.
yela...baju u ni kan uniform penjara masyarakat di negara INDIA..kira macam banduan perempuan la u ni kan..tapi takpe..lawa jugak.hahhahahhaha
aku sengih je.Ala,dia jeles la tu..x dapat pakai baju belang2 hitam putih kehkehkeh


Jelitanya kami :))


aku xmo pakai..tapi Yin paksa2 gak....
apastu suh amik gambau hasil kerja dia buat topeng ni.
aku adalah mangsa keadaan hahhahahahaha..
btw..santek ar topeng ko ni Yin.
good work sweety :))