Sunday, September 27, 2009

Kemeriahan Syawal...


Pejam celik pejam celik..dah seminggu kita semua beraya kan..

Tahun ni adalah raya yang sangat manis dalam hidupku..Bertahun masa ini ku nantikan....rupanya hari raya pertama 2009 ia menjadi kenyataan.Terima kasih tuhan kerana memakbulkan doa hambamu ini.Aku tidak pernah mengagankan sebuah pertemuan indah,cukuplah jika suatu hari nanti dapat ku tatap walau sekali wajah seorang ibu yang telah ku anggap seperti ibu kandungku.Dia tidak pernah membelaiku,jauh sekali mengenaliku secara dekat..kuasa tuhan,aku jatuh kasih setelah kali pertama aku di pertemukan dan diperkenalkan dengannya...Aku tenang dan sebak melihat wajahnya.Moga makcik sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan di kurniakan kebahagiaan dunia akhirat :)

Back to cerita raya...hmm..xde nak komen apapa..kecuali PENAT.Aku bukan mabuk makan kuih raya.tapi mabuk melayan pinggan mangkuk yang melambak2..
Aku pernah suarakan isi hatiku pada Pak Usop..abah,x bule ke kita beli pinggan kertas ngn cawan kertas.Yu penat ar nak basuh pinggan hari2..banyak lak tu..(sambil buat muka sedey)..tiap2 tahun tau aku merayu2 kat Pak Usop tapi Pak Usop tak layan pun kekkeke..
Abah sakap.....nanti abah dah xde baru beli.Sekarang ni,abah x suka nak jamu tetamu pakai pinggan kertas,apa guna mak ko beli pinggan mahal2..simpan dalam lemari je.Ni cara abah hormatkan tetamu,rumah orang lain nak buat abah x kisah..tapi dalam rumah abah.Xde nak pinggan2,cawan2 kertas..
Haaa...padan muka aku kan..dah tau jawapan stil nak tanya gak kekekke.....tapi xpe.taon depan aku akan tanya lagi hahhahahaha...'rajin dan usaha tu kan tanggavelu' :P

Yang paling best seronok bertemu semua sedara mara yang berkunjung dari hari pertama syawal hinggalah ke saat ini.Ni time aku menaip ni pun keluarga Pak Andak aku ada kat ruang tamu..hehe..aku penat lolz,nak menulis dan berehat la pasni.Esok keje..adeh.Stress lak rasanya bile nak pikir kan sal keje.Tadi sempat bukak emel keje..adoyai..sengal.Email pun satu hal.Aku dah rasa fed up nak baca email keje.Bayangkan email2 untuk 4 department semuanya dok terjah masuk inbox aku (Import,Transhipment,Documentation & Logistik) menyemak masuk dalam inbox aku.Ni la bahananya duduk dalam department yang pelbagai..aku sorang je plak tu yang kene dapat bende2 ni..orang lain,satu department tu je email je).Nasib badan ler labu.Sudahnya..aku biaukan je.Aku baca yang current je..nk delete satu per satu sungguh aku xde masa.

Mood raya masih menguasai,mood bermalas-malasan lagi lah bermaharajalela dalam minda ni.Bila lah aku dapat qada' tido ni...tapi tahun ni,aku akan cuba ganti pose seawal yang mungkin.Serik arh ganti last2 minit.Banyak godaan makan2 hehehhe...
Wokeh ar..time to menidurkan diri.kesian aku.Sejak2 pose ngn raya ni..aku kurang tido.Risau betul,terbantut tumbesaran aku nanti..kekkeke.

Pen off.Daaaaaaaaa