Sunday, September 27, 2009

Plain Jane..

"Aku tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang hanya berpuas hati dengan kesederhanaan.Aku ingin menjadikan hidup aku lebih dari itu...."

"Aku tahu perasaan menjadi gadis yang tidak mempunyai apapa kelebihan,menjadi gadis yang terbenam bersama kertas dinding sementara orang lain menjadi tumpuan.Aku tahu bagaimana rasanya menjadi Plain Jane.."

"Saya seorang yang unik dan saya mahu seseorang yang saya cinta dan bukan hubungan patched up yang di cipta semata-mata sebab tidak mahu ambil risiko keseorangan.walaupun saya tidak mempunyai apapa kelebihan tak semestinya saya akan menerima sesiapa saja dalam hidup saya."

Watak gadis dalam Plain Jane yang tidak mempunyai apapa kelebihan ini mirip aku.Semangat Balkis ada dalam diri aku.Kami pencinta yang setia namun kami sanggup melepaskan orang yang kami amat2 sayang tanpa memberi peluang ketiga mahupun keempat... jika terang-terangan cinta kami di khianati.Jangan harap kami akan fight for 'his love' anymore.Geli je bergaduh kerana seorang lelaki curang kan? He may get lost..hehehhee:)

Mengimbas kembali patah2 ayat dalam Plain Jane sentiasa membuatkan aku kembali bersemangat.Ya,aku bukan Miss Malaysia jauh sekali seorang Bidadari..aku hanya insan biasa di mana aku adalah diri aku...aku tidak mahu menerima sesuatu sekadar untuk memenuhi kehendak orang lain dan juga kerana tuntutan usia.

Itu saja.... fullstop:)