Wednesday, September 2, 2009

Macam katak bawah kole daaa....


Hehehe...aku gelak je tengok tagline nick atas ni.Beliau ternyata tidak faham dengan istilah RON.Agak² dia kompius tak jenis² nama shell V-power,primax,syntium dan pelbagai jenis jenama yang ada di stesen² minyak negara?kehkehkeh..
Kesian,macam katak bawah kole...pastu letak tagline macam tu sahih spesis lembu:))
RON ni dah lama..pada yang tidak ketahuan,di sini aku sertakan sedikit info agar kita semua celik ilmu.Jangan jadi seperti nick di atas.ehek:P

RON merupakan ringkasan dari RESEARCH OCTANE NUMBER. Octane number ini ialah ketahanan minyak tersebut sebelum ia meletup atau dengan kata lain dinyalakan.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92.

RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

Jadi, tidak bermakna menggunakan RON95 tidak bagus untuk kereta anda. Anda boleh periksa balik minimum RON yang diperlukan untuk kereta anda.


Kerajaan dah bagi alternatif Ron95 pada harga RM1.80.Sebelum bertempik nak salahkan kerajaan tengok dulu faktor² kenaikan dan apa alternatif yang kerajaan bagi.Dulu masa naik mendadak kerajaan berikan 'hadiah' rebate tunai.Orang-orang yang menyalak marah dengan kenaikan minyak ini juga adalah antara orang yang paling cepat beratur di pejabat² pos untuk claim rebate.hehe...
Pakai ler Ron95...kebanyakan kereta memang boleh guna minyak ni.Pada yang cerewet dan kaya..teruskan la memakai Ron97..apadehal :))